Pembaca Setia

Monday, June 27, 2011

Matlamat Sudah Berubah...

Assalamualaikum,

Selamat pagi semua. Haha...ari ni x pegi sekolah lagi. Bukan dengan sengaja ok. Dengan sebab yang tidak di sengaja kan la. Pagi tadi kan ujan, sedap tido wo... Haha...  Korang penah dengar lagu Forever And One tak..?? Nyanyian kumpulan Helloween. Best siut lagu dia. Ok, aku bagi korang hayati lirik korus dia ye...


Forever and one 
I will miss you 
However, I kiss you 
Yet again 
Way down in neverland 
So hard I was triyng
Tomorrow I'll sill be crying
How could you hide your lies
Your lies



Memang feeling abes lagu ni kalau korang dengar. X caye dengar la ye.




Dah Tak Kesah Dah...




Ok, kalau dulu aku rajin update entry2 terbaru. Tapi sekarang x lagi. Mungkin kerana kesibukan yang melanda aku sekarang ni. Oh tidak!! Ok, kalau dulu aku selalu promote blog aku. Sekarang tak lagi. Malu rasanya nak promote blog yang berhabuk dengan entry yang jarang di update.


Dulu matlamat aku ade lah nak memajukan blog ni. Supaya aku dapat berkongsi ape yang aku rase dengan semua orang. Sekarang matlamat tu dah x de. Nak kejar trafik pon dah malas rasenya. Biar saja lah. Ade orang nak baca, baca je lah. Dapat 1UV satu hari pon dah kire ok la kan..




p/s:

Sila lah layan lagu Forever And One...

Thursday, June 23, 2011

Tak Sempat Update Blog, Meninggal Dunia...

Assalamualaikum,

Pekaba semua hari ni. Haha, malam pulak update blog. X sempat nak update siang tadi. Banyak hal yang perlu diselesaikan. Dari hal sekolah hingga ke luar sekolah. Itu pon tak selesai sepenuhnya. Bila lah nak selesai agaknya. Dalam kita gembira ni ade juga yang sedang bersedih. Keluarga seorang blogger yang terlibat dengan satu kemalangan mungkin sedang meratapi pemergian arwah.


AL-Fatihah...

Blogger ni x top pon. Baru buat blog. Baru buat satu entry pengenalan. Tak sempat dia nak update blog tu dan memajukan blog tu dia dah pon pergi meninggal kan dunia yang fana ini. Tulah, gembira hari ni, esok lusa kita tak tahu kan. Mungkin hari ni dia pergi. Mana lah tahu esok lusa, nasib kita pulak. Hanya Allah sahaja yang boleh menentukannya. Kita semua hendaklah tabah dan akur dengan ketentuan Nya.

Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi nasib yang menimpa. Dari Dia kita datang, kepada Dia kita pergi.

p/s: budak ni duduk dekat ngan umah aku, eksiden pon dekat je. sebab tu la aku tahu. ni blog dia : http://beyoncemalaysia.blogspot.com/2010/05/hey.html#comments . Ni blog yang buat ulasan: http://ondscene.my/kemalangan/pelajar-maut-tercampak-rakan-cedera

Wednesday, June 22, 2011

Kenapa Lelaki X Gentle...? (Lirik lagu Hazama-Cinta Teragung)

Assalamualaikum,

Nak jiwang sikit hari ni boleh..??


Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu
Chorus
Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu
Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu
Ulang Chorus
Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku



Lirik Lagu Hazama- Cinta Teragung


Best lagu ni. Kalau x best jangan la marah aku.


Da Sampai Patah Balik.


Aku x paham betul lah lelaki tuh. X gentle btol la, Kalau kau tu betul suka kan anak orang tuh pergi jela terus terang. Jangan lah nak takut2. Lain lah kalau kau hanye nak main2 kan anak dara orang. Kau ingat kau sape. Sesuka hati kau je. Kita ada adat la. Jangan nak kurang ajar boleh.


Ok, aku sengaja tulis entry ni sebab aku baru menyaksikan satu situasi yang patut aku citer kat korang semua, Mungkin bende ni dah biasa berlaku, tapi korang sume mungkin x perasan. Ok, citer nye macamni, Aku ade ternampak anak jiran aku ni kuar ngan lelaki sorang tu. Bile time ambil budak perempuan tu, x nak amik kat depan rumah. Parking moto jauh2, Nape erk..? Takut bapak dia marah kau. X leyh terus terang citer kat bapak dia yang kau suka anak dara dia..?? Kalau dah hari-hari berangkut macam laki bini nak kate ape lagi...??


Ade satu hari tu aku perasan budak lelaki ni bawak moto sampai depan umah dia. Nampak je bapak budak perempuan ni kuar terus patah balik. Harap badan je besar. Tapi penakut. Bukannya bapak dia nak makan kau pon.


p/s: mungkin ade yang kate aku ni busy body hal orang, bukan, aku cuma nak bagi tahu ape yang aku rase...kalau aku x tulis pasal ni, sape lagi kan...kalau x puas hati tinggal kan la komen...

Monday, June 20, 2011

Berhabuk Sudah...!!!

Assalamualaikum,

Selamat malam kawan2 sekalian. Pertama sekali nak tanye sikit. SEHAT..?? Haha..dah lame x tanya khabar korang kan. Yelah, disebabkan dah lame x online and dah lame x update blog. Huhu... Hmm...gelak2 jugak kan. Ni blog dah bersawang macam ni sape nak tolong settle kan. Nak mintak tolong korag...?? Tak kan la korang nak uruskan blog yang tak seberapa ni kan. X popular pon kan...hmmm (ayat sedih sikit boleh..??)

Mak Haii Teruknya...!!

Aku bukak je blog ni tadi, bukan setakat habuk ngan sawang je yang ade. Kalau zirafah nak membiak pon boleh kat dalam ni. Hehe...aku bukan sengaja x update blog ni. Tapi ade sebab2 yang tidak mengizin kan aku berbuat sedemikian. Haha.. Nanti-nantilah cerita... Hehe...

Komen Sedikit

Ini adalah percubaan pertama kami membuat lagu. Minta komen2 yang membina dari anda semua ya....


Nak import video dari youtube x leyh pulak. Boleh bagi link je. Hehe...

p/s: sempat lagi promote band ni...haha...

Monday, June 13, 2011

Masalah Lah Kalau Macam Ni...!!!

Assalamualaikum,

Apa khabar kepada pembaca aku yang setia. Setia kah korang...?? Itu aku tak tahu lah. Terpulang kepada niat di lubuk hati korang tu lah ye. Kepada mereka yang aku tidak letak kan di dalam bloglist aku tu. Aku minta maaf sangat2. Sebab aku teramat sibuk sekarang ni. Sampai blog pun tak dapat nak update. Ni baru update setelah  lama membisu. Aku sedang mengahadapi masalah sekarang. Masalah yang tidak boleh di ceritakan kepada korang. Hehe...malu siot.

Lepas Satu, Satu Masalah Timbul. (Ini masalah yang boleh di ceritakan)

Aku dan band aku nak masuk satu Battle of the bands ni. Tapi macam tak jadi je. Ok lah cerita nya macam ni. Sepatutnya kitorang dah rekod lagu untuk di e-mail kan ke program tersebut petang semalam lagi. Disebabkan ada beberapa masalah teknikal, maka tak dapat lah rekod petang. Terpaksa lah rekod malam. Mana lah tak jadi masalah nya. Dah janji nak rekod petang ni. Yang sorang boleh pergi main badminton. Yang sorang lagi boleh pergi main takraw. Aku dah siap jemput dah kat padang takraw. Boleh kata "pergilah dulu...". Sapa x sakit hati. Nak je aku tampar dia kat situ jugak.

Moral: janganlah berjanji kalau tak dapat di tepati...!!!


Masalah kedua.

Jadi terpaksalah kami rekod malam tadi. Dah lah tarikh akhir dia hari ni. Nak edit ape pon tak sempat dah ni. Masalah timbul dari malam tadi lagi. Tak boleh nak upload pulak video dia ke YouTube. Aduuhh..!!! Masalah lah. dah kene tunggu hari ni pulak. Masalah hari ni pulak, video dah boleh upload. Tapi gambar rosak. Dan sound dia boleh hilang la plak. Musibah betul lah...!!!

Moral: jangan buat kerja di akhir2 masa, bak kate pepatah, "dah nak berak baru lah nak gali lubang"




p/s: walaupun aku menulis tentang masalah diri aku, tapi aku harap moral nya kita dapat kongsi bersama ye...

Thursday, June 9, 2011

Penipuan Di Dalam Dunia Blog....!!!!

Asalammualaikum,


Hari ni aku akan travel sorang2 lagi. Kali ni nak balik Sungai Buloh pulak. Nak balik ke rumah kesayangan ku...!!! X sabar da ni. Hahah... Doakan aku selamat sampai ye nanti.

Tak Nak Lah Macam Ni...!!!!

Setelah aku senarai kan blog list yang ingin bertukar link nya dengan aku. Aku check balik. Ade juga yang masih lagi belum meletakkan aku ke dalam bloglist nya. Betapa sedih nya aku bila ditipu sebegini. X sangka aku. Aku dah jujur dengan segmen ni. Tapi kenapa masih ade yang sanggup menipu...?? Ish3.. X baik tau...!!

Maaf kan aku kalau aku emo sikit pepagi ni. Tapi, memang itu lah kenyataan nya. Aku tak nak lah bagi tahu korang siapa yang buat macam tu. Siapa makan cili dia terasa pedas. Kalau x sudi nak letak blog link aku kat blog korang cakap lah awal2...!!!

p/s: terus menyiasat...macam detektif Conan da....

Wednesday, June 8, 2011

Ok Tak Kalau Macam Ni...

Asalammualaikum,

Dah lame aku tak makan sambal belacan. Sekali makan memang best lah kn. Sampai berbau satu rumah ni dengan belacan je ha. Haha... Alahai bukan nya selalu pon. Kadang2 jea. Heheh...

Terima Kasih, Maaf...

Aku nak ucap kan terima kasih kepada yang sudi kritik blog aku yang x seberapa ni. Ehh... Kalau x seberapa lagi la orang nak kritik kan. Heheh... Ape2 pon terima kasih banyak2. Ade yang suruh aku letak ruangan FOLLOWERS tu ke atas. Nun atas sekali aku letak. Harap2 lepas ni bertambah lagi lah FOLLOWERS aku tu ye. Bukan nak perli ok... Ade jugak yang suruh aku ubah kaler lain selain kaler purple. Ooopss.. Sorry ye. Sebab aku minat ngan kaler purple. Minta Maaf sangat2....

p/s: teruskan kritik di [SINI]

Tak Kan Tahu Kot...??

Asalammualaikum,

Korang semua sudah mule boleh kritik blog aku sekarang. Tapi jangan kritik kat entry ni. Kritik dekat [Entry Ini]. Aku harap dapat lah kritikan yang bernas dari semua rakan2 blogger yang ade. Dan Insyaallah aku akan cube perbaiki segala kesilapan yang korang kemukakan nanti.

Project Pistol..?? Ape Tu..??

Aku tanye membe aku dia pon tak tahu.Ape la. Project Pistol ni kan dah lama ada. Mungkin ada lagi yang x tahu kot. So, sengaja je aku buat entry pasal ni. Sebab nk bagi tahu korang lagu diorang ni memang best. Tengok la komposer dan pemain gitar diaorang sape plak kan. Edry Hashim. Memang x syak lagi la.

Ok cube korang layan lagu ni. Memang best la. Metaforia-Project Pistol

p/s: sekarang dah tahu kan...

BEN ASHAARI AJAK KRITIK BLOG AKU

Asalammualaikum,

Wei korang segmen baru..!!! Jom join...!!!

Sila ke link ini....

Nak Pergi Ke Tak....???

Asalammualaikum,

Selamat pagi kepada semua pembaca yang sangat-sangat dihargai. Hehe.. Masih lagi pagi ni kan. Sebenarnye da bangun lama la. Saja je lambat sikit update entry baru. Hahah... Ok la... Aku sedang berada dalm keadaan serba salah sekarang.

Perlu Ke Ikut...??

Abang sepupu aku ajak aku keluar ngan dia hari ni. Sedangkan dia nak keluar ngan awek dia. Alamak...!!! Segan lah aku kan. Tak pe lah. Pergi lah. Malas lah nak ganggu. Korang rase lah kan. Ape yang patut berlaku di dalam situasi ini...?? Oooppss....

Senarai :-

1-Buat-buat sakit.
2-Bagi macam-macam alasan
3-Terus terang je la...

Ok, kita fikir kan sama-sama ya...

p/s: tolong bagi jawapan di ruang komen ini...

Tuesday, June 7, 2011

Aduhh... Rugi Woo...!!!!

Asalammualaikum,

Wahh...semakin ramai nak berkongsi link dengan aku. Syukur lah. Tapi didalam keseronokkan ini. Ada juga kisah sedih yang berlaku.

Terpadam Link Kamu Semua...!!!

Aku mintak maaf lah kepada sesapa yang terlibat. Sebenarnya aku nak wat cmnie. aku nak padam link2 lama. Tapi terpadam jugak link yang aku belom lagi letak di blog aku. Aku mintak maaf sesangat lah ye. Maafkan aku x..?? Kepada korang yang aku dah terpadam link nya tu. Kalau x nak kongsi dekat blog korang x pe la. Sedih ni....

p/s: rugi woo...hilang kawan lepas ni.... T_T...maaf maaf maaf...!!!

Tempoh Sampai Esok...!!!!

Asalammualaikum,

Aku nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi bertukar link dengan aku. Rupanya ada jugak orang yang memerhati kan blog aku ni ya... Heheh... Baiklah bagi sesiapa yang sudah tukar tu Alhamdulillah...

Jangan Lama-Lama....!!!

Disebabkan ada kes yang dah kene tipu... Maka aku pun hendak mengambil langkah berjaga2. Aku beri tempoh untuk masuk kan link aku ke blog korang hingga esok. Kalau tidak link korang akan aku padam. Maaf lah kawan2 semua. Ini hanyalah langkah berjaga2. Aku x mahu kene tipu. sebok promote blog orang. Tapi blog aku kecundang.

p/s: sila check link korang di blog aku yang x seberapa ni ya....

BEN ASHAARI AJAK TUKAR LINK

Asalmmualaikum,



Jom la join...

(Segmen:DIA SELALU SUPPORT BLOGGER BARU)

Asalammualaikum,

Korang selalu baca Ben Ashaari yang selalu buat segmen kan. Kali ni anak murid dia plak yang wat segmen. Tanda penghargaan kepada blogger otai yang selalu support blogger baru. Anak murid dia : Belog MTT. Korang pon sila lah join.

Dia Selalu Support Blogger Baru...!!!

Ben Ashaari. Memang tidak asing lagi dari mata dan telinga blogger. Beliau sentiasa support blogger baru. Bukan itu saja. Selalu juga memberi tips2 yang berguna. Korang rase ape yang patut kita berikan kepada beliau..?? Sekadar buat entry macam ni..?? Tak patut. Undilah dia. Macam kata MTT. "Dia selalu support kita. Tak kan kita x boleh support dia." So, undilah dia di DIGI WOWW award...!!!

Sampai dah tak boleh nak undi da...

Kalau rase ape yang aku cakap ni betul... Buat la ape yang patot k...

p/s: nak undi lagi...tapi bole da...

KTM, Monorail, LRT....Amoi...???

Asalammualaikum,

Apa khabar semua.? Akhirnya ku sampai juga ke rumah pakcik aku di KL. X nak la bagi tahu KL kat mne. Takut korang serbu aku je... Hahahah...perasan popular la mamat sorang nih. Hehe... Ok, la...sepanjang perjalanan tadi. Aku ade la buat sedikit pemantauan. Tapi pemantauan yang x disengajakan. Hehehe....

Memang Baik La...

Pergh...aku tengok sume amoi2 yang nak gi keje.... Fuhh...memang mengancam lah...haha.. Da lama da aku perhati kan situasi ni sebenarnya. Saja je nk buat entry pasal ni.  Mana lah remaja lelaki x rosak. Pakai seksi2 bile nak gi kerje. Macam x cukup kain je. Haha... Bile kene r*g*l...menyesal. Salah siapakah itu. Adakah lelaki yang patut di salahkan..??? Maaf lah yer... Mungkin ade yang cakap " Ala dia bukan melayu pon..." Ok, fine. Tapi dia tetap perempuan kan. Perogol ni x kira bangsa beb.... Macam lagu Project Pistol ni, tajuk dia Wanita Seluruh Dunia. Janji perempuan je kan.....hehe...

Best lagu ni...!!!!

Aku cuma nak ingat kan je kepada awek2 semua. Supaya tidak menjadi mangsa perogol keparat yang diluar sana tu. Harap2 semua terima ye...

p/s: sori x dapat upload gambar...x amik pon...hehehe..

Monday, June 6, 2011

Travel Sorang-Sorang...

Asalammualaikum,

Ok..aku nak selit kan citer pasal blog aku. Yela kan mesty la ade slot untuk aku jugak. Hehe. Maaf la yer. Haha...disebabkan blog aku dah mencecah 50 orang followers maka ade seorang kawan aku ni kecewa. Kecewa disebabkan x dapat menjadi followers ke 50. Haha...kesian dia. Bukan aku nak bagi hadiah pon kan. Ape yang spesial sangat no. 50 ni. Tak tahu lah.

Jadilah folowers ke 55 kan...?? Ape la...
Cantik jugak no. tu...hehe...


Bahaya Ke Travel Sorang-Sorang...???

Aku rase tak bahaya lah travel sorang-sorang. Sebab aku dah biasa travel sorang2. Mungkin disebabkn aku ni lelaki kot. Tu yang perasaan aku ni keras sikit. Buat awek2 yang diluar sana. Kalau nak travel sorang2 memang x selamat. Kalau boleh biarlah berteman. Teman pulak biarlah teman yang rapat. Jangan lah ajak boyfriend yang baru 2 ke 3 bulan kenal. Lagi lah x selamat.

Aku bukan ape. Cuma risau je kepada awek2 comel diluar sane. Yang mungkin menjadi mangsa kepada lelaki yang x berhati perut. Erk...bukan macam aku ye. Hehe.

p/s: sentiasa berwaspada dengan orang sekeliling...anyway...doakan aku selamat esok...nak travel esok ni...haha...

Saya nak boleh ?

Asalammualaikum,

Wei korang. Ben Ashaari buat segmen baru. Dan kali ni segmen dia gempak gila. Dia cuma nak cari 5 blogger yang bertuah je. haha...aku nak cuba nasib lah kan. Mana lah tahu dapat la plak. Huhu... Ok....

Dia cuma nak jawapan ni : KENAPA AKU PATUT LETAK BLOG ANDA DALAM BLOG LIST DI BLOG INI ? 


Ok, aku ada jawapn aku sendiri. Kenapa Ben Ashaari patut letak aku dalam bloglist dia. Sebab aku tiap2 hari baca semua entry dia. Bukan nak tipu tapi bende betol. Aku x pernah miss nak baca semua entry dia sejak aku FOLLOW dia. Ok, mesti ade yang kate aku nak mengampukan. Sebenarnya tak ok. Aku tulis macam ni cuma nak bagi tahu korang semua betapa aku suka akan blog Ben Ashaari. Aku teringin jugak nak jadi macam dia. Menulis blog yang berinfomasi. Bukan sekadar cerita peribadi yang membuatkan orang muntah apabila membaca nya. Aku ade jugak berangan nak jadi anak murid dia macam Belog MTT tu. Tapi sape lah aku kan kalau dia nak pilih aku pon. Kalau dia dapat senaraikan aku dalam bloglist dia pon dah syukur seribu rahmat.


Ok, itulah jawapan aku. Aku harap aku dapat lah disenaraikan dalam bloglist Ben Ashaari.


p/s: boleh ke agaknya...??

Gambar Terbaru Mamat Sepah Dan Kekasih Hati....!!!!

Asalammualaikum,

Selamat tengah hari semua. Hehe...tengah hari pon dah rase macam pagi dah. Mane tak nya. Baru bangon ni Heheh... Bangon tadi pon sebab terkejot bunyi mesej masok. Hehe.. Ok, jangan marah aku ye. X sengaja tido lambat. Huhu...

Followers Mencecah 50...!!!





Alhamdulillah, FOLLOWERS aku sudah pon mencecah kepada 50 orang. Aku harap FOLLOWERS ke 50 ni akan menjadi permulaan kepada FOLLOWERS yang ke 100. Hahah... Berangan je kuat mamat sorang ni. Bila lah agaknya aku nak dapat FOLLOWERS ke 100....??? Kesian member aku yang sorang tu x dapat nak jadi FOLLOWERS yang ke 50. Hahahahahah....

Topik kedua aku... PANAS...!!!!

Gambar Terbaru Mamat Sepah Bercuti Dengan Kekasih Hati...

Comel Kan Diorang....

Semoga gambar ni tidak lah menjadi kontroversi hingga dapat menaikkan nama kekasih Mamat Sepah. Diorang tengah seronok dilamun cinta. Biarkan lah. Korang mase bercinta dulu pon macam tu jugak kan. Hahah... Anyway... Cute gambar ni.

p/s : terus menyiasat....siasat ape...?? haha...

Ha...!!!!! Macam Mane...??

Asalammualaikum,

Baiklah, sebelum aku sambung tido aku yang tergantung ni. Aku nak tanye korang sikit lah ye. Macam mane dengan header dan wajah baru blog aku ni...?? Ade bertambah ke seri nya..?? Kalau ade dan boleh membuatkan korang semua rakan2 aku yang dikasihi selalu melawat blog aku Alhamdulillah lah ye....Hehe...

Followers...!!! Readers....!!!! Mana Anda Semua...!!!!

Fuuhh...pening kepala aku lah. Melihat traffic dan followers aku yang dah semakin sejuk ni. Aku masih lagi berusaha untuk terus memajukan blog aku ni. Belum patah semangat lagi tau. Hehe... Kalau dah baca blog ni harap lah di Follow ye. Kalau sudah Follow haraplah dibaca selalu ye. Jangan lah jadi Followers yang suke menipu rakan bloger yang lain. Harap Follow je, tapi baca tak pon. Rajin2 lah baca blog saya ye kawan2 semua...

p/s: selimut, bantal i'm coming....!!!!

Kalau Ikhlas Mesti Menjadi Punya Lah...!!!

Asalammualaikum,

Fuhh...pagi2 macam ni plak dapat idea nak tulis entry baru. Ok la kan dari aku layan bende yang entah ape2 entah kan. Hahah...Bende ape tuh...?? Entah lah aku pon tak tahu lah. Sejuk siot pagi ni. Hujan la plak tuh. Memang best la kalau aku sambung tido ni kan. Memang petang la aku bangun gamaknya. Hahaha... Ok la, sekarang aku dah malas nak citer sambungan dari entry lepas. Korang sendiri fikir lah ape kesimpulannya. Sebab korang sendiri pon ade kawan masing2 kan.

Selesai Satu Lagu...!!!

Sebenarnya tadi aku pergi jamming. Tu pasal lah tak boleh nak update blog tu. (Alahai, kalau aku update pon korang x baca kan...ayat sedih ni...). Kitorang jamming tadi n siapkan single pertama kitorang. Cewwah...macam artis la plak. Ala tak boleh ke berangan sekejap. X lama pon. Ok, lagu ni sebenarnya aku buat untuk ditujukan kepada rakan sekelas aku. X sangka la plak lagu ni ade nilai komersial nya. Kahkahkah...tak boleh blah siot...!!! Memang lirik dia berasal jauh dari lubuk hati aku lah kan. Macam kata orang tu....

KALAU BENDE YANG KITA BUAT TU IKHLAS, MESTI MENJADI PUNYA LA.

Ade ke orang cakap macam tu. X de rasenye kot. Aku sorang je yang cakap rasenye. Alah, aku pon orang jugak ape. Dalam banyak lagu yang aku cipta. Aku semangat la pulak nak siapkan lagu ni. Sebab nak masuk pertandingan Battle Of Indie Bands TV9. Korang kalau rasa nak join sila lah ke link yang telah disediakan ye. Harap dapat la jumpe rakan blogger disana. Haha...

p/s: agak2 boleh menang ke...??

Sunday, June 5, 2011

Macam Ular Kena Palu...

Asalammualaikum,

Erh...Jangan terkejot. Korang x salah masok blog. Ini memang blog kegemaran korang la.(cehh...perasan) Hmmm...Ye la. Ok lah. Disebabkan ade yang x beberapa suke dengan wajah lama blog aku kan. Aku pon tukar la background aku kepada yang baru ni. So, macam mane...?? Suke x yang ni..?? Kalau x suka aku tukar lagi. X dew hal lah. Just bagi tahu ok.


Kalau Dah Berjanji Tepati Lah Ye...

Hehe...masih lagi didalam mood cerita tentang persahabatan. Kali ni nak cakap pasal perjanjian. Korang pernah dengar x frasa ni...??

Macam Ular Kena Palu...

Korang penah tengok x ular berak..?? Erh...salah pulak. Itu ayat David Teo. Ok lah. Korang penah tengok x ular bila dah kene palu. Kan dia ke kiri ke kanan. Macam orang mabuk. Same jugak lah dengan ape yang aku nak cerita kan ni. Maksud aku kat sini. Tetap kan lah hati tu. Haluan mane satu yang nak diikuti. Jangan lah jadi seperti ular yang kene palu.Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Jangan sampai, orang yang di sekeliling kau akan jadi orang yang terakhir kau lihat.

p/s: berkawan biar beribu, bercinta biar satu....(kawan kalau dah hilang ingat senang ke nak dapat balik..??)

Bukan Tak Nak Tapi...

Asalammualaikum,

Fuuhh, dapat jugak aku tidur dan berehat. Yelah...selepas bermandi-manda bersama kawan2....haha...best...!!!! Rugi sape yang x ikot. Erh...aku ada ajak ke..?? Ada kan..?? Ada aku rase...korang je yang x sudi nak ikot aku. Ok ok..entry aku kali ni adalah sambungan dari entry [Lepas].

Agak-Agaklah Kawan...Fikir Orang Sini Jugak...

Yelahkan, sape x marah kalau kau lebih mementingkan awek kau yang x seberapa tu. Tapi fikir jugak lah pasal member kau yang kat sini ni. Kami pun ada hati dan perasaan. Bukan barang permainan untuk kau buang dan ambil sesuka hati kau je. Agak2 lah. Bukan nye tak nak kawan dah, tapi...kau fikir lah ye. Macam mane pulak kalau kau yang berada di tempat kami ni. Tu lah...bercinta pandai...tapi nak bahagi masa x reti.

Kepada semua :

Entry ini bukan lah nak memburukkan kawan aku ni. Tapi adelah untuk menjadi pengajaran buat kita semua. Harap perkara ini tidak berlaku kepada korang semua.

p/s: mesej...?? sila cari di dalam entry...hahahah....

Buah Hati Atau Rakan Seperjuangan....???

Asalammualaikum,

Pergh...popular gila la Gambit Saifullah sekarang ni. Sejak kontroversi video klip Prema Yin arahan beliau. Memang best video klip dia. Pergi lah tengok. (mata ke atas tangan di bahu). Fuuhh...penat gila la aku hari ni. Baru balik mandi sungai ngan kawan2 aku tadi. Memang best lah kan. Tapi dalam seronok nye ade jugak yang x best.

Kalau Tak Jadi Cakap La Awal-Awal...!!!

Member aku sorang nih dah janji awal2 dah nk pergi hari ni. Dia boleh cancel plak sebab nak ikot family awek dia pergi PD. Aku x faham lah ngan orang macam ni. Kitorang sume dah janji sejak dari hari Isnin lagi. Family awek dia cakap ngan dia baru malam tadi. Terus cancel ngan kitoang. Ape lah....kitorang dah booking dia awal2 lagi. Patutnye............(korang sume fikir lah sendiri mane satu yang patut dia ikot). Aku dah kate dah KAPEL NI TAK PENTING PON...!!! nak jugak. Hish...member jugak yang merana. Tapi x pe lah. Esok moto pancit, kene pukul, suruh lah awek tu datang tolong.

p/s: sakit hati tahu x...?? bawak nasik goreng sampai 5 sukat beras membazir je...4 orang nak makan..?? muntah....

Saturday, June 4, 2011

Kisah Satu Hari...!!!!

Asalammualaikum,

Sehat korang semua..?? Minta maaf la yer aku x dapat nak update blog sangat. Sebab aku terlalu bz. Cewwaahh. Macam YB la plak. Alahai kalau aku update sangat blog ni pon sape je yang bace. Ade ke yang sudi bace blog aku...?? (Ayat tacing). Ok lah...malas nak tacing lame2 nnti member lari. Hahahah...

Tak Sabar Nak Dapat Lesen...!!!

Tadi aku da pergi daftar lesen. Lesen moto je. Belum mampu lagi nak wat lesen kete. Nanti2 je lah. Akak yang uruskan pendaftaran aku tu cakap yang aku da boleh datang kelas undang2 hari Ahad ni. Aku boleh kelentong akak tu kate ada hal keluarga hari Ahad ni. Padahal aku nk konvoi g Templar Park je. So, tangguh la kelas aku ke Ahad minggu depan. Hahahah... Ok lah aku bukan nak menggalakkan anda semua menipu ye. Moral of the story...jangan menipu kalau rasa bersalah lepas menipu. Kira macam korang ni x sanggup x tipu orang la. *Macam aku. Hehehe... Rujukan: Entry Ini

Berdenyut Kepala Otak Aku...!!!

Lepas daftar lesen tadi aku sound la member aku. "Weyh, dah pakai smart2 macam ni x kan daftar lesen je?" "Dah tu nak g mane lagi?" dia jawab. Aku balas la dengan nada garang, "Jom la kita pergi rewang2...bukan selalu pon. Kita pegi OU jom." Kitorang pun teruskan lah perjalanan. Korang bayang kan lah. Dari Sungai Buloh ke OU ambil mase 1 jam...??!!! Mane tak nye.  3 4 kali kitorang pusing jalan yang sama je. Member aku boleh lupe jalan la plak. Berdenyut kepala otak aku layan member aku yang sorang ni. Heheheheh....

p/s: panjang ke entry aku...yelah satu hari punya kisah aku letak...tu baru sikit...ade banyak lagi...ok la...sakit kepala x hilang lagi ni...x rehat jap.....

Thursday, June 2, 2011

Kesian Adinda Evans (Sambungan Entry Bahagian Satu)

Asalammualaikum,

Haha...first of all aku nk kecoh lagi dekat korang ni bahawa...!!! Traffic aku mendadak naik. Haha...Mesty ade yang arah kan aku tulis bende ni. Sorry la kawan. Nak bangge sket kat blog sendiri je. X kan x leyh kot.Line tengah menyakitkan hati ni.

Pencapaian Terbaik Blog Aku...!!!


 Ok lah...topik aku yang pertama ialah...

Cukuplah Kita Memaki Hamun Orang Hari Ni.

Aku agak la kan mesti ade yang x puas hati dengan ape yang aku tulis di atas. Tapi sebenar nye aku kesian plak dengan Adinda Evans ni. Yela kite sume rejam dia dengan pelbagai jenis maki hamun n kutukan. Aku dengar sampai nk buat filem untuk kisah dia la sume. Stop la wei. Memang dia bodoh sebab bagi tahu dia dah x de dara. Tapi mesti ada sebab musabab yang membuatkan dia berbuat sedemikian. Kalau korang rase x pecaye dengan ape yang aku cakap ni sila la ke SINI.

Topik kedua aku ialah...

Jangan Salahkan Si Pelaku Kesalahan (Bahagian 2)

Tadi baik punye aku citer pasal pompuan kan. Kang ade yang x puas aty la plak. Skg aku nk citer pasal masalah lelaki. Pada sesape yang x tahu akan citer ni sila ke entry ni Ape Lah Masalah Orang Kita Ni..??

Contoh 2:-

So, aku akan citer pasal lelaki plak. Kalau korang tengok Mat Rempit semua kan ade ke yang bukan Melayu. Aku rase xde kan. Sampai ade satu hari tu uncle cina ni nak hulur kat aku RM 50 kalau aku dapat tangkap gambar budak cina yang jadi Mat Rempit. Aku pon terpinga-pinga jugak. Tapi apa yang aku nk citer ialah bila Mat Rempit tu eksiden or jatuh. Mesti orang2 atau geng2 dia akan salah kan orang yang buat dia jatuh. Padahal dia sendiri yang carik penyakit. Bawak moto x de law. Ubahsuai sane sini nak bagi moto lagi laju. Patut ke situasi ini terjadi. Korang renung kan la ye...


p/s: jangan lah marah aku...ini hanye pandangan aku je...

Ape Lah Masalah Orang Kita Ni..??

Asalammualaikum,

Hahah...satu hari digemparkan dengan isu Adinda Evans. Huhu...naik termuntah aku asyik baca pasal isu dia je. Nak wat camne kan...dah selebriti, sume orang nk citer pasal dia. Hahah... K la...malam ni aku nak citer pasal...

Jangan Salah Kan Si Pelaku Kesalahan...!!!

Hahah...macam pelik je tajuk nye kan. Tapi ini lah hakikat nye. Inilah masalah yang x boleh nak dibendung dalam kalangan masyarakat kita hari ni. Takkan korang sume nak aku bagi contoh jugak. Ok la. Untuk korang aku bagi la sedikit contohnye ye...

Contoh Satu :-

Kita selalu nampak awek2 cun pakai seksi2 kan. Jangan la citer pasal awek yang bukan Melayu or Islam. Kita citer pasal orang kita. Yang mana Melayu dan Islam. Pakai baju ketat, seluar ketat, skirt pendek. Kang bila kene rogol. Disalah kan nye perogol tuh. Aku bukan lah nak backup perogol. Tapi...cube fikir sikit. Sape yang salah. Salah dari segi menaikkan nafsu perogol tersebut. Haha... Alahai kalau x percaya korang pergi la tengok Facebook awek yang comel2. Mesty nak pakai pakaian yang x cukup kain mase amek gambar. Btol x..?? Bile dah jadi sasaran nanti baru takut.

Ok la...contoh ke-2 aku akan sambung di entry akan datang. Tunggu ye...

p/s: bukan nak kutuk wanita...tapi realiti...lepas ni citer pasal lelaki plak...

Boleh Pecaye Atau Tidak,..!!! (Adinda Evans Di Rogol..??)

Asalammualaikum,

Entry ni adalah sambungan dari entry yan lalu. Berkaitan tentang Datin Milano. Sekarang ade citer baru la plak. Die nk kaver balik la isu yang dulu tu.

Datin Milano/Adinda Evans Di Rogol...??

Dia kate dia ni dirogol oleh bekas kekasih dia. Agak2 korang la btol ke ha..?? Mane ade orang yang ade masalah boleh bangge macm die. Btol x..?? Macam gaya nk menipu je tau. Pastu Die boleh kate yang bekas kekasih die tu akan digantung mati dalam sebulan dua lagi. Ape yang aku tahu la kan. Kalau kes rogol bawah umor ni hukuman di 20 sebatan. Btol x..?? Kalau x betul tolong betulkan ya.

Aku ade gambar yang menunjukkan dia berkata sedemikian.

Betul Ke Dia Sendiri Yang Tulis Ni...??

Itu terpulang lah kepada pandangan korang sendiri. Aku hanye bagi pandangan aku jerk. Heheh...Anyway aku dapat gambar ni dari... Belog MTT.

p/s: terus menyiasat...

Melayu Mudah Lupe...?? Betol Ke..??

Asalammualaikum,

Hehe...first of all aku nk kecoh-kecoh bahawa masa kau g kedai tadi nk beli lauk mkan tengah hari aku tersempak ngan Kazarudin Saisi. Ala yang nyanyi lagu "memburu impian" tu la. Yang selalu berlakon watak garang2. Huhu...terkejot aku siot. Nk tegur malu plak. Kang die kate ape la plak. Hahah...yela ganggu die je.

Ok la dah terlajak jauh dah tu. Kita ke tajuk sebenar...

Betol Ke Ape Yang Orang Cakap...??

Kita selalu dengar frasa ni kan "Melayu Mudah Lupa" hmmm....betol ke..? Aku rase betul la kot. Contohnye seperti selebrti yang sedang meningkat naik sekarang ni Adinda Evans. Nak tahu sebab ape dia naik bace la entry ni Selebriti Di Kalangan Blogger..?? Betol Ke..?? Mungkin dia lupe yang dia tuh orang Melayu yang punya adat untuk di maratabat kan. Mungkin dia lupa bahawa dia ada orang tua yang perlu dihormati air mukanya. Mungkin dia malu nk mengaku bahawa dia kaum hawa yang tinggi darjat nye.

Itulah hakikat orang Melayu sekarang yang semakin lupe akan adat resam dan tatatertib sebagai orang Melayu. Jangan la kate bahawa yang muda masih lagi bersih n suci.(Tapi aku suci lagi kowttt...!!!) hehe. Bak kate pepatah la...


"Dalam setandan pisang tak semuanya elok mesti ada yang busuk."

Kita fikir la same2 ya rakan sekalian....

p/s:jadikan ini sebagai pengajaran ye...jangan ada lagi yang jadi macam ni....

Selebriti Di Kalangan Blogger..?? Betol Ke..??

Asalammualaikum,

Selamat pagi semua...di pagi yang indah ni mulakan hari anda dengan cerita yang menyegarkan. Hahah...seperti mambaca entry dari blog ini. Ya..!! Betul tu... Cerita pertama ialah...

Terima Kasih Sebab Follow Dan Singgah....!!!


Hahah...Terima Kasih ye sebab korang sume telah menyumbang kepada usaha aku untuk memajukan blog aku...memang la x seberapa. Tapi ini da besar rahmat dah buat aku. Ye la..semalam aku tengok hanya 24 Followers je...hari ni. Alhamdulillah...

Seterusnya aku nk cerita pasal...

Ade Selebriti Baru Di Kalangan Blogger...!!!

Ha...?? X percaye ke..?? Betul..x kan lah aku nk tipu bende macam ni. Disebabkan sebuah entry, die berjaya menjadi selebriti dalam masa yang singkat. Memang kaw la. Sampai member aku kate dye ni patut masok Nuffnang. Memang masyuk gile la.

Ni la Entry yang menyebabkan beliau menjadi Selebriti...!!!

Kalau rase nk bace entry ni sila ke Sini.

p/s: senangnye care dia nk famous kan. tapi menjatuh air muka orang tua nya kan. apalagi komen la sikit....

Wednesday, June 1, 2011

1016....

Asalammualaikum,

Huhu...!!! Kali ni aku kecoh kat korang bahawa Pageviews aku da mencecah 1000...!!! Huhu... Excited gile la aku...hahah..Anyway sesape yang nk kate aku ni poyo...mintak maaf la yerr... Ni blog aku...sekali skala nk poyo x kan x leyh...haha...

1016...cantik ape no. ni...wat no. plat pon ok gak...haha

Cume bab followers tu je yang aku runsing sikit..Hmmm...bile la nk meningkat ye...x pe la..aku akan cube sedaya upaya dan cuba mencari jalan untuk memajukan blog aku ni...

p/s: yeah!!!yeah!!!

PAKCIK BEN GEGAR BUDAK SEKOLAH

Asalammualaikum,

Kepada semua rakan2 yang masih sekolah...aku nak bagi tahu ni.... Ben Ashaari buat segmen baru... Khas untuk budak2 sekolah je. Join jangan x join...!!!!

image

So segmen kali ni Ben Ashaari nk tahu kenapa kita buat blog...?? Aku ade senarai nye disini :-

1-Untuk mengisi masa lapang dengan menulis ape yang terlintas di hati.
2-Nk belaja tulis novel/cerpen.
3-Nk blaja cari duit dengan internet.(boleh ke?)
4-Nak jadi wartawan.
5-Saja suke-suke.

Haha...amacam list aku...?? Ada gaya x...?? Haha...

p/s: komen sket...

Maharajalawak:Sepah Dan Mamat....kenapa...??

Asalammualaikum,

Korang sume layan x Maharajalawak.? Memang best gila la. Aku kalau tengok ulangan pon bleyh glak lagi macam baru first time tengok. Tak tahan beb. X caya korng layan la sendiri. Hahah.... Tapi bergantung jugak la pada persembahan nye. Antara perserta yang best aku tengok ialah JAMBU, JOZAN ngan SEPAH. Fuhh...diorang ni memang mantap.

Kenapa Mamat Macam Tu...??


Kumpulan Sepah

Cerita pasal SEPAH ni. Korang perasan x yang Mamat Sepah (ala...yang tinggi lampai tu) macam di pinggirkan. Hmm...aku x berani nak sound lebih2. Cume aku rase die macam da lain je skg ni. Dulu masa musim Raja Lawak punye la kecoh. Skang ni aku tengok macam da senyap je. Kadang2 jadi "pak pacak" je. X de idea atau da bosan ngan kumpulan SEPAH...?? Entah la. Tapi kalau dia kecoh balik macam dulu aku rase SEPAH akan lagi gempak kot.

Masa ni Mamat punya watak cuma pengsan je...

Masa ni pun dia x banyak cakap...

Anyway...SEPAH tetap TERBAIK la....huhu....

p/s: undi SEPAH di Maharajalawak...!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daily Calendar