Pembaca Setia

Monday, June 13, 2011

Masalah Lah Kalau Macam Ni...!!!

Assalamualaikum,

Apa khabar kepada pembaca aku yang setia. Setia kah korang...?? Itu aku tak tahu lah. Terpulang kepada niat di lubuk hati korang tu lah ye. Kepada mereka yang aku tidak letak kan di dalam bloglist aku tu. Aku minta maaf sangat2. Sebab aku teramat sibuk sekarang ni. Sampai blog pun tak dapat nak update. Ni baru update setelah  lama membisu. Aku sedang mengahadapi masalah sekarang. Masalah yang tidak boleh di ceritakan kepada korang. Hehe...malu siot.

Lepas Satu, Satu Masalah Timbul. (Ini masalah yang boleh di ceritakan)

Aku dan band aku nak masuk satu Battle of the bands ni. Tapi macam tak jadi je. Ok lah cerita nya macam ni. Sepatutnya kitorang dah rekod lagu untuk di e-mail kan ke program tersebut petang semalam lagi. Disebabkan ada beberapa masalah teknikal, maka tak dapat lah rekod petang. Terpaksa lah rekod malam. Mana lah tak jadi masalah nya. Dah janji nak rekod petang ni. Yang sorang boleh pergi main badminton. Yang sorang lagi boleh pergi main takraw. Aku dah siap jemput dah kat padang takraw. Boleh kata "pergilah dulu...". Sapa x sakit hati. Nak je aku tampar dia kat situ jugak.

Moral: janganlah berjanji kalau tak dapat di tepati...!!!


Masalah kedua.

Jadi terpaksalah kami rekod malam tadi. Dah lah tarikh akhir dia hari ni. Nak edit ape pon tak sempat dah ni. Masalah timbul dari malam tadi lagi. Tak boleh nak upload pulak video dia ke YouTube. Aduuhh..!!! Masalah lah. dah kene tunggu hari ni pulak. Masalah hari ni pulak, video dah boleh upload. Tapi gambar rosak. Dan sound dia boleh hilang la plak. Musibah betul lah...!!!

Moral: jangan buat kerja di akhir2 masa, bak kate pepatah, "dah nak berak baru lah nak gali lubang"




p/s: walaupun aku menulis tentang masalah diri aku, tapi aku harap moral nya kita dapat kongsi bersama ye...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daily Calendar