Pembaca Setia

Sunday, October 9, 2011

Aku seorang penjenayah . . . . ! ! ! ! !

Assalamualaikum ,

Kepada semua yang masih lagi berminat nak bace blog aku ni . aku nak ucap kan bebanyak terima kasih . Tak ade ape yang dapat aku balsa kat korang semua . Cuma mampu mengukir snyuman tanda kesyukuran . Bersyukur kerana masih ada lagi orang yang mengingati diri aku yang tak seberapa ni .

 BESAR SANGAT KE SALAH AKU NI ? KEPADA SIAPA AKU BERSALAH ?

Aku sedang mengumpul kekuatan untuk berdepan dengan kenyataan bahawa aku telah melakukan satu kesalahan yang paling besar bagi aku . Tapi , adakah sesiapa yang memahami perasaan aku yang tak tentu arah sekarang ni . Aku juga sedang mengumpul semangat untuk mengaku bahawa , memang aku yang bersalah . Aku juga tertanya-tanya , aku bersalah kepada siapa ? Kepada diri aku atau kepada orang yang yang telah menjaga aku selama  hari ni .

Ye ! Jawapan nya adalah . Aku penjenayah ! Penjenayah kerana telah menggugat kepercayaan mereka yang telah meletakkan kepercayaan kepada aku . Aku manusia . Macam korang jugak . Melakukan kesilapan adalah perkara biasa .

Apa yang penting bagi aku sekarang ialah . Mengaku yang aku memang bersalah . Dan tabah menghadapi hukuman yang bakal aku terima . Ye . Aku lelaki , lengkap dengan anggota . Aku sepatut nya tabah dengan dugaan yang aku dapat . Bukannya mengeluh dan hampa . Aku kena ingat . Walaupun aku tengah ada masalah . Ade orang lagi bermasalah dari aku . Ingat tu !

HEHE , SORI .

Minta maaf . Sebab korang terpaksa baca post yang leleh kali ni . Tapi , ini lah hakikat dan dilema seorang remaja . Btol kan ? Well , aku remaja la .

Thursday, July 7, 2011

Jangan Nak Mengada-Ngada Sangat...!!!

Assalamualaikum,

Kenapa lah aku ni malas nak update entry ha..?? Dulu punye lah berkobar-kobar sangat nak update, sampai satu hari 3 ke 4 post aku buat. Hmmm...entah lah, aku mungkin perlu kan pembakar semangat yang baru lah kott... Pembakar semangat yang lame,... tak boleh la bagi tahu kan. Nanti kantoi. Huhuhu...

Berani Ke Korang Bawak Anak Dara Orang..??

Aku nak tanye lah, kepada mereka yang baru nak naik ni. Terutama sekali lelaki, berani ke korang nak tanggung ape-ape kalau korang bawak anak dara orang keluar..?? Kalau tak berani tak payah lah buat. Sebab nanti takut tak tertanggung pulak. Ha...!!! Bahaya tu, jaga-jaga lah.

Contoh nya lah kan, kalau masa korang bawak tu (terutama yang naik moto) ter-eksiden la pulak. Macam mana..?? Naya di buat nya. So, jangan nak mengada-ngada lah kan nak bawak anak dara orang kalau tak berani nak tanggung akibatnya nanti. Disebabkan korang nak merasa seronok sekejap, habis kepala kau kena pelangkong dengan bapak budak tu. Hahaha...

Bukan tak boleh bawak langsung sebenarnya. Aku pon pernah bawak anak dara orang keluar jugak (naik motor je) tapi mintak izin lah dulu ngan orang tua dia ya. Jangan lah kurang ajar. Sekurang-kurang nya orang tua dia tahu dengan siapa dia keluar, kemana, naik ape sume. Tak ade lah mak bapak dia risau sangat. Tapi ape yang penting, korang dah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Kemungkinan:

1- Dimarahi oleh bapak budak tersebut
2- Kemungkinan eksiden
3- Apa-apa yang mungkin berlaku

p/s: aku pun macam korang jugak baru nak naik kan...so, tulis lah ape yang sesuai dengan umur kita...huhu...

Monday, July 4, 2011

Yang Cantik Menjual Body, Yang Buruk Menjaga Pekerti (Lumrah Dunia Ke Tu..??)

Assalamualaikum,

Selamat pagi semua. Pertama sekali, aku nak cakap kat korang. AKU TAK PONTENG HARI NI...!!! Secara tak disengaja kan aku bangun lambat lagi hari ni. Hehe... Dapat di perhatikan aku akan bangun lambat setiap hari Isnin dan Jumaat. Nak buat macam mana. Nasib badan. Sebab aku bangun lambat hari Isnin ialah aktiviti aku di malam hari nya. Malam Ahad kan. Lepak kedai makan la. Apa lagi..?? Hehe.. Kalau sebab kenapa aku bangun lambat hari Jumaat aku tak tahu. Sekali lagi aku ulang, NASIB BADAN.... 

Dari pada aku membebel dan terus membela diri. Juga menegakkan benang yang sudah sedia basah. Mari kite ke tajuk utama.

Takkan Tak Pernah Nampak Kot..??

Ok, disebabkan blog aku ni menceritakan ape yang belaku di sekeliling kita. Dan apa yang sememangnya berlaku sudah lama. Tapi tidak pernah di persoal kan. Jadi disini lah korang nak baca segala isi hati dan luahan aku tentang,

DUNIA AKU DUNIA KITA. 
Dimana kita berkongsi dunia yang sama.

Ok, biasa kita lihat kan, yang cantik mesti jadi pelacur, bohsia, jalang dan macam-macam lagi. Kalau tak percaya pergi lah KL, ada ke yang buruk, keding, gemuk jadi pelacur..?? Aku pon tak paham lah. Kenapa mesti menjual body dan harga diri yang tak ternilai..?? Perlu ke disebabkan kesempitan hidup, kita memilh jalan yang gelap. Yang hanya berteman kan syaitan yang dari dulu lagi telah bersumpah akan menghanyut kan kaum NABI ADAM S.A.W kejalan yang sesat. Untuk meneman dia di dalam neraka kelak. (Dakwah sikit, tak salah kan..?? Blog aku..) Tak boleh ke kalau kita cuba cara yang lebih mulia dari cara menjual body ni..?? Kalau dah ada asset yang baik cuba apply jadi model ke..?? Penyanyi ke...?? Pelakon ke..?? Kalau tak ada nasib kerja kilang pon boleh la.

Memang kerja kilang tak ada standard. Tapi standard minah kilang di akhirat kelak akan lagi tinggi lagi dari korang yang menjual body.

Bagi yang kurang cantik pulak, akan menjaga budi pekerti nya. Bukan nak puji atau mengampu. Tapi sudah memang lumrah kan. Dia dah tahu yang dia sukar dapat jodoh dengan asset nya yang tak seberapa. Tapi, dengan budi pekerti yang tinggi. Nescaya akan ada lah jodoh yang baik untuk nya. Kerana JODOH YANG BAIK ADALAH UNTUK ORANG YANG BAIK. 

Wahai para gadis dan wanita sekalian, bersyukurlah dengan ape yang kamu ada. Sentiasa mencuba ke arah yang lebih baik. Bukan ke jalan yang lebih menghancurkan.

p/s: entry ini ditulis dari isi hati yang meronta....

Monday, June 27, 2011

Matlamat Sudah Berubah...

Assalamualaikum,

Selamat pagi semua. Haha...ari ni x pegi sekolah lagi. Bukan dengan sengaja ok. Dengan sebab yang tidak di sengaja kan la. Pagi tadi kan ujan, sedap tido wo... Haha...  Korang penah dengar lagu Forever And One tak..?? Nyanyian kumpulan Helloween. Best siut lagu dia. Ok, aku bagi korang hayati lirik korus dia ye...


Forever and one 
I will miss you 
However, I kiss you 
Yet again 
Way down in neverland 
So hard I was triyng
Tomorrow I'll sill be crying
How could you hide your lies
Your lies



Memang feeling abes lagu ni kalau korang dengar. X caye dengar la ye.




Dah Tak Kesah Dah...




Ok, kalau dulu aku rajin update entry2 terbaru. Tapi sekarang x lagi. Mungkin kerana kesibukan yang melanda aku sekarang ni. Oh tidak!! Ok, kalau dulu aku selalu promote blog aku. Sekarang tak lagi. Malu rasanya nak promote blog yang berhabuk dengan entry yang jarang di update.


Dulu matlamat aku ade lah nak memajukan blog ni. Supaya aku dapat berkongsi ape yang aku rase dengan semua orang. Sekarang matlamat tu dah x de. Nak kejar trafik pon dah malas rasenya. Biar saja lah. Ade orang nak baca, baca je lah. Dapat 1UV satu hari pon dah kire ok la kan..




p/s:

Sila lah layan lagu Forever And One...

Thursday, June 23, 2011

Tak Sempat Update Blog, Meninggal Dunia...

Assalamualaikum,

Pekaba semua hari ni. Haha, malam pulak update blog. X sempat nak update siang tadi. Banyak hal yang perlu diselesaikan. Dari hal sekolah hingga ke luar sekolah. Itu pon tak selesai sepenuhnya. Bila lah nak selesai agaknya. Dalam kita gembira ni ade juga yang sedang bersedih. Keluarga seorang blogger yang terlibat dengan satu kemalangan mungkin sedang meratapi pemergian arwah.


AL-Fatihah...

Blogger ni x top pon. Baru buat blog. Baru buat satu entry pengenalan. Tak sempat dia nak update blog tu dan memajukan blog tu dia dah pon pergi meninggal kan dunia yang fana ini. Tulah, gembira hari ni, esok lusa kita tak tahu kan. Mungkin hari ni dia pergi. Mana lah tahu esok lusa, nasib kita pulak. Hanya Allah sahaja yang boleh menentukannya. Kita semua hendaklah tabah dan akur dengan ketentuan Nya.

Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi nasib yang menimpa. Dari Dia kita datang, kepada Dia kita pergi.

p/s: budak ni duduk dekat ngan umah aku, eksiden pon dekat je. sebab tu la aku tahu. ni blog dia : http://beyoncemalaysia.blogspot.com/2010/05/hey.html#comments . Ni blog yang buat ulasan: http://ondscene.my/kemalangan/pelajar-maut-tercampak-rakan-cedera

Wednesday, June 22, 2011

Kenapa Lelaki X Gentle...? (Lirik lagu Hazama-Cinta Teragung)

Assalamualaikum,

Nak jiwang sikit hari ni boleh..??


Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu
Chorus
Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu
Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu
Ulang Chorus
Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku



Lirik Lagu Hazama- Cinta Teragung


Best lagu ni. Kalau x best jangan la marah aku.


Da Sampai Patah Balik.


Aku x paham betul lah lelaki tuh. X gentle btol la, Kalau kau tu betul suka kan anak orang tuh pergi jela terus terang. Jangan lah nak takut2. Lain lah kalau kau hanye nak main2 kan anak dara orang. Kau ingat kau sape. Sesuka hati kau je. Kita ada adat la. Jangan nak kurang ajar boleh.


Ok, aku sengaja tulis entry ni sebab aku baru menyaksikan satu situasi yang patut aku citer kat korang semua, Mungkin bende ni dah biasa berlaku, tapi korang sume mungkin x perasan. Ok, citer nye macamni, Aku ade ternampak anak jiran aku ni kuar ngan lelaki sorang tu. Bile time ambil budak perempuan tu, x nak amik kat depan rumah. Parking moto jauh2, Nape erk..? Takut bapak dia marah kau. X leyh terus terang citer kat bapak dia yang kau suka anak dara dia..?? Kalau dah hari-hari berangkut macam laki bini nak kate ape lagi...??


Ade satu hari tu aku perasan budak lelaki ni bawak moto sampai depan umah dia. Nampak je bapak budak perempuan ni kuar terus patah balik. Harap badan je besar. Tapi penakut. Bukannya bapak dia nak makan kau pon.


p/s: mungkin ade yang kate aku ni busy body hal orang, bukan, aku cuma nak bagi tahu ape yang aku rase...kalau aku x tulis pasal ni, sape lagi kan...kalau x puas hati tinggal kan la komen...

Monday, June 20, 2011

Berhabuk Sudah...!!!

Assalamualaikum,

Selamat malam kawan2 sekalian. Pertama sekali nak tanye sikit. SEHAT..?? Haha..dah lame x tanya khabar korang kan. Yelah, disebabkan dah lame x online and dah lame x update blog. Huhu... Hmm...gelak2 jugak kan. Ni blog dah bersawang macam ni sape nak tolong settle kan. Nak mintak tolong korag...?? Tak kan la korang nak uruskan blog yang tak seberapa ni kan. X popular pon kan...hmmm (ayat sedih sikit boleh..??)

Mak Haii Teruknya...!!

Aku bukak je blog ni tadi, bukan setakat habuk ngan sawang je yang ade. Kalau zirafah nak membiak pon boleh kat dalam ni. Hehe...aku bukan sengaja x update blog ni. Tapi ade sebab2 yang tidak mengizin kan aku berbuat sedemikian. Haha.. Nanti-nantilah cerita... Hehe...

Komen Sedikit

Ini adalah percubaan pertama kami membuat lagu. Minta komen2 yang membina dari anda semua ya....


Nak import video dari youtube x leyh pulak. Boleh bagi link je. Hehe...

p/s: sempat lagi promote band ni...haha...

Monday, June 13, 2011

Masalah Lah Kalau Macam Ni...!!!

Assalamualaikum,

Apa khabar kepada pembaca aku yang setia. Setia kah korang...?? Itu aku tak tahu lah. Terpulang kepada niat di lubuk hati korang tu lah ye. Kepada mereka yang aku tidak letak kan di dalam bloglist aku tu. Aku minta maaf sangat2. Sebab aku teramat sibuk sekarang ni. Sampai blog pun tak dapat nak update. Ni baru update setelah  lama membisu. Aku sedang mengahadapi masalah sekarang. Masalah yang tidak boleh di ceritakan kepada korang. Hehe...malu siot.

Lepas Satu, Satu Masalah Timbul. (Ini masalah yang boleh di ceritakan)

Aku dan band aku nak masuk satu Battle of the bands ni. Tapi macam tak jadi je. Ok lah cerita nya macam ni. Sepatutnya kitorang dah rekod lagu untuk di e-mail kan ke program tersebut petang semalam lagi. Disebabkan ada beberapa masalah teknikal, maka tak dapat lah rekod petang. Terpaksa lah rekod malam. Mana lah tak jadi masalah nya. Dah janji nak rekod petang ni. Yang sorang boleh pergi main badminton. Yang sorang lagi boleh pergi main takraw. Aku dah siap jemput dah kat padang takraw. Boleh kata "pergilah dulu...". Sapa x sakit hati. Nak je aku tampar dia kat situ jugak.

Moral: janganlah berjanji kalau tak dapat di tepati...!!!


Masalah kedua.

Jadi terpaksalah kami rekod malam tadi. Dah lah tarikh akhir dia hari ni. Nak edit ape pon tak sempat dah ni. Masalah timbul dari malam tadi lagi. Tak boleh nak upload pulak video dia ke YouTube. Aduuhh..!!! Masalah lah. dah kene tunggu hari ni pulak. Masalah hari ni pulak, video dah boleh upload. Tapi gambar rosak. Dan sound dia boleh hilang la plak. Musibah betul lah...!!!

Moral: jangan buat kerja di akhir2 masa, bak kate pepatah, "dah nak berak baru lah nak gali lubang"




p/s: walaupun aku menulis tentang masalah diri aku, tapi aku harap moral nya kita dapat kongsi bersama ye...

Thursday, June 9, 2011

Penipuan Di Dalam Dunia Blog....!!!!

Asalammualaikum,


Hari ni aku akan travel sorang2 lagi. Kali ni nak balik Sungai Buloh pulak. Nak balik ke rumah kesayangan ku...!!! X sabar da ni. Hahah... Doakan aku selamat sampai ye nanti.

Tak Nak Lah Macam Ni...!!!!

Setelah aku senarai kan blog list yang ingin bertukar link nya dengan aku. Aku check balik. Ade juga yang masih lagi belum meletakkan aku ke dalam bloglist nya. Betapa sedih nya aku bila ditipu sebegini. X sangka aku. Aku dah jujur dengan segmen ni. Tapi kenapa masih ade yang sanggup menipu...?? Ish3.. X baik tau...!!

Maaf kan aku kalau aku emo sikit pepagi ni. Tapi, memang itu lah kenyataan nya. Aku tak nak lah bagi tahu korang siapa yang buat macam tu. Siapa makan cili dia terasa pedas. Kalau x sudi nak letak blog link aku kat blog korang cakap lah awal2...!!!

p/s: terus menyiasat...macam detektif Conan da....

Wednesday, June 8, 2011

Ok Tak Kalau Macam Ni...

Asalammualaikum,

Dah lame aku tak makan sambal belacan. Sekali makan memang best lah kn. Sampai berbau satu rumah ni dengan belacan je ha. Haha... Alahai bukan nya selalu pon. Kadang2 jea. Heheh...

Terima Kasih, Maaf...

Aku nak ucap kan terima kasih kepada yang sudi kritik blog aku yang x seberapa ni. Ehh... Kalau x seberapa lagi la orang nak kritik kan. Heheh... Ape2 pon terima kasih banyak2. Ade yang suruh aku letak ruangan FOLLOWERS tu ke atas. Nun atas sekali aku letak. Harap2 lepas ni bertambah lagi lah FOLLOWERS aku tu ye. Bukan nak perli ok... Ade jugak yang suruh aku ubah kaler lain selain kaler purple. Ooopss.. Sorry ye. Sebab aku minat ngan kaler purple. Minta Maaf sangat2....

p/s: teruskan kritik di [SINI]

Tak Kan Tahu Kot...??

Asalammualaikum,

Korang semua sudah mule boleh kritik blog aku sekarang. Tapi jangan kritik kat entry ni. Kritik dekat [Entry Ini]. Aku harap dapat lah kritikan yang bernas dari semua rakan2 blogger yang ade. Dan Insyaallah aku akan cube perbaiki segala kesilapan yang korang kemukakan nanti.

Project Pistol..?? Ape Tu..??

Aku tanye membe aku dia pon tak tahu.Ape la. Project Pistol ni kan dah lama ada. Mungkin ada lagi yang x tahu kot. So, sengaja je aku buat entry pasal ni. Sebab nk bagi tahu korang lagu diorang ni memang best. Tengok la komposer dan pemain gitar diaorang sape plak kan. Edry Hashim. Memang x syak lagi la.

Ok cube korang layan lagu ni. Memang best la. Metaforia-Project Pistol

p/s: sekarang dah tahu kan...

BEN ASHAARI AJAK KRITIK BLOG AKU

Asalammualaikum,

Wei korang segmen baru..!!! Jom join...!!!

Sila ke link ini....

Nak Pergi Ke Tak....???

Asalammualaikum,

Selamat pagi kepada semua pembaca yang sangat-sangat dihargai. Hehe.. Masih lagi pagi ni kan. Sebenarnye da bangun lama la. Saja je lambat sikit update entry baru. Hahah... Ok la... Aku sedang berada dalm keadaan serba salah sekarang.

Perlu Ke Ikut...??

Abang sepupu aku ajak aku keluar ngan dia hari ni. Sedangkan dia nak keluar ngan awek dia. Alamak...!!! Segan lah aku kan. Tak pe lah. Pergi lah. Malas lah nak ganggu. Korang rase lah kan. Ape yang patut berlaku di dalam situasi ini...?? Oooppss....

Senarai :-

1-Buat-buat sakit.
2-Bagi macam-macam alasan
3-Terus terang je la...

Ok, kita fikir kan sama-sama ya...

p/s: tolong bagi jawapan di ruang komen ini...

Tuesday, June 7, 2011

Aduhh... Rugi Woo...!!!!

Asalammualaikum,

Wahh...semakin ramai nak berkongsi link dengan aku. Syukur lah. Tapi didalam keseronokkan ini. Ada juga kisah sedih yang berlaku.

Terpadam Link Kamu Semua...!!!

Aku mintak maaf lah kepada sesapa yang terlibat. Sebenarnya aku nak wat cmnie. aku nak padam link2 lama. Tapi terpadam jugak link yang aku belom lagi letak di blog aku. Aku mintak maaf sesangat lah ye. Maafkan aku x..?? Kepada korang yang aku dah terpadam link nya tu. Kalau x nak kongsi dekat blog korang x pe la. Sedih ni....

p/s: rugi woo...hilang kawan lepas ni.... T_T...maaf maaf maaf...!!!

Tempoh Sampai Esok...!!!!

Asalammualaikum,

Aku nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi bertukar link dengan aku. Rupanya ada jugak orang yang memerhati kan blog aku ni ya... Heheh... Baiklah bagi sesiapa yang sudah tukar tu Alhamdulillah...

Jangan Lama-Lama....!!!

Disebabkan ada kes yang dah kene tipu... Maka aku pun hendak mengambil langkah berjaga2. Aku beri tempoh untuk masuk kan link aku ke blog korang hingga esok. Kalau tidak link korang akan aku padam. Maaf lah kawan2 semua. Ini hanyalah langkah berjaga2. Aku x mahu kene tipu. sebok promote blog orang. Tapi blog aku kecundang.

p/s: sila check link korang di blog aku yang x seberapa ni ya....

BEN ASHAARI AJAK TUKAR LINK

Asalmmualaikum,



Jom la join...

(Segmen:DIA SELALU SUPPORT BLOGGER BARU)

Asalammualaikum,

Korang selalu baca Ben Ashaari yang selalu buat segmen kan. Kali ni anak murid dia plak yang wat segmen. Tanda penghargaan kepada blogger otai yang selalu support blogger baru. Anak murid dia : Belog MTT. Korang pon sila lah join.

Dia Selalu Support Blogger Baru...!!!

Ben Ashaari. Memang tidak asing lagi dari mata dan telinga blogger. Beliau sentiasa support blogger baru. Bukan itu saja. Selalu juga memberi tips2 yang berguna. Korang rase ape yang patut kita berikan kepada beliau..?? Sekadar buat entry macam ni..?? Tak patut. Undilah dia. Macam kata MTT. "Dia selalu support kita. Tak kan kita x boleh support dia." So, undilah dia di DIGI WOWW award...!!!

Sampai dah tak boleh nak undi da...

Kalau rase ape yang aku cakap ni betul... Buat la ape yang patot k...

p/s: nak undi lagi...tapi bole da...

KTM, Monorail, LRT....Amoi...???

Asalammualaikum,

Apa khabar semua.? Akhirnya ku sampai juga ke rumah pakcik aku di KL. X nak la bagi tahu KL kat mne. Takut korang serbu aku je... Hahahah...perasan popular la mamat sorang nih. Hehe... Ok, la...sepanjang perjalanan tadi. Aku ade la buat sedikit pemantauan. Tapi pemantauan yang x disengajakan. Hehehe....

Memang Baik La...

Pergh...aku tengok sume amoi2 yang nak gi keje.... Fuhh...memang mengancam lah...haha.. Da lama da aku perhati kan situasi ni sebenarnya. Saja je nk buat entry pasal ni.  Mana lah remaja lelaki x rosak. Pakai seksi2 bile nak gi kerje. Macam x cukup kain je. Haha... Bile kene r*g*l...menyesal. Salah siapakah itu. Adakah lelaki yang patut di salahkan..??? Maaf lah yer... Mungkin ade yang cakap " Ala dia bukan melayu pon..." Ok, fine. Tapi dia tetap perempuan kan. Perogol ni x kira bangsa beb.... Macam lagu Project Pistol ni, tajuk dia Wanita Seluruh Dunia. Janji perempuan je kan.....hehe...

Best lagu ni...!!!!

Aku cuma nak ingat kan je kepada awek2 semua. Supaya tidak menjadi mangsa perogol keparat yang diluar sana tu. Harap2 semua terima ye...

p/s: sori x dapat upload gambar...x amik pon...hehehe..

Monday, June 6, 2011

Travel Sorang-Sorang...

Asalammualaikum,

Ok..aku nak selit kan citer pasal blog aku. Yela kan mesty la ade slot untuk aku jugak. Hehe. Maaf la yer. Haha...disebabkan blog aku dah mencecah 50 orang followers maka ade seorang kawan aku ni kecewa. Kecewa disebabkan x dapat menjadi followers ke 50. Haha...kesian dia. Bukan aku nak bagi hadiah pon kan. Ape yang spesial sangat no. 50 ni. Tak tahu lah.

Jadilah folowers ke 55 kan...?? Ape la...
Cantik jugak no. tu...hehe...


Bahaya Ke Travel Sorang-Sorang...???

Aku rase tak bahaya lah travel sorang-sorang. Sebab aku dah biasa travel sorang2. Mungkin disebabkn aku ni lelaki kot. Tu yang perasaan aku ni keras sikit. Buat awek2 yang diluar sana. Kalau nak travel sorang2 memang x selamat. Kalau boleh biarlah berteman. Teman pulak biarlah teman yang rapat. Jangan lah ajak boyfriend yang baru 2 ke 3 bulan kenal. Lagi lah x selamat.

Aku bukan ape. Cuma risau je kepada awek2 comel diluar sane. Yang mungkin menjadi mangsa kepada lelaki yang x berhati perut. Erk...bukan macam aku ye. Hehe.

p/s: sentiasa berwaspada dengan orang sekeliling...anyway...doakan aku selamat esok...nak travel esok ni...haha...

Saya nak boleh ?

Asalammualaikum,

Wei korang. Ben Ashaari buat segmen baru. Dan kali ni segmen dia gempak gila. Dia cuma nak cari 5 blogger yang bertuah je. haha...aku nak cuba nasib lah kan. Mana lah tahu dapat la plak. Huhu... Ok....

Dia cuma nak jawapan ni : KENAPA AKU PATUT LETAK BLOG ANDA DALAM BLOG LIST DI BLOG INI ? 


Ok, aku ada jawapn aku sendiri. Kenapa Ben Ashaari patut letak aku dalam bloglist dia. Sebab aku tiap2 hari baca semua entry dia. Bukan nak tipu tapi bende betol. Aku x pernah miss nak baca semua entry dia sejak aku FOLLOW dia. Ok, mesti ade yang kate aku nak mengampukan. Sebenarnya tak ok. Aku tulis macam ni cuma nak bagi tahu korang semua betapa aku suka akan blog Ben Ashaari. Aku teringin jugak nak jadi macam dia. Menulis blog yang berinfomasi. Bukan sekadar cerita peribadi yang membuatkan orang muntah apabila membaca nya. Aku ade jugak berangan nak jadi anak murid dia macam Belog MTT tu. Tapi sape lah aku kan kalau dia nak pilih aku pon. Kalau dia dapat senaraikan aku dalam bloglist dia pon dah syukur seribu rahmat.


Ok, itulah jawapan aku. Aku harap aku dapat lah disenaraikan dalam bloglist Ben Ashaari.


p/s: boleh ke agaknya...??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...