Assalamualaikum,
Selamat pagi semua. Pertama sekali, aku nak cakap kat korang.
AKU TAK PONTENG HARI NI...!!! Secara tak disengaja kan aku bangun lambat lagi hari ni. Hehe... Dapat di perhatikan aku akan bangun lambat setiap hari Isnin dan Jumaat. Nak buat macam mana. Nasib badan. Sebab aku bangun lambat hari Isnin ialah aktiviti aku di malam hari nya. Malam Ahad kan. Lepak kedai makan la. Apa lagi..?? Hehe.. Kalau sebab kenapa aku bangun lambat hari Jumaat aku tak tahu. Sekali lagi aku ulang,
NASIB BADAN....
Dari pada aku membebel dan terus membela diri. Juga menegakkan benang yang sudah sedia basah. Mari kite ke tajuk utama.
Takkan Tak Pernah Nampak Kot..??
Ok, disebabkan blog aku ni menceritakan ape yang belaku di sekeliling kita. Dan apa yang sememangnya berlaku sudah lama. Tapi tidak pernah di persoal kan. Jadi disini lah korang nak baca segala isi hati dan luahan aku tentang,
DUNIA AKU DUNIA KITA.
Dimana kita berkongsi dunia yang sama.
Ok, biasa kita lihat kan, yang cantik mesti jadi pelacur, bohsia, jalang dan macam-macam lagi. Kalau tak percaya pergi lah KL, ada ke yang buruk, keding, gemuk jadi pelacur..?? Aku pon tak paham lah. Kenapa mesti menjual body dan harga diri yang tak ternilai..?? Perlu ke disebabkan kesempitan hidup, kita memilh jalan yang gelap. Yang hanya berteman kan syaitan yang dari dulu lagi telah bersumpah akan menghanyut kan kaum
NABI ADAM S.A.W kejalan yang sesat. Untuk meneman dia di dalam neraka kelak. (Dakwah sikit, tak salah kan..?? Blog aku..) Tak boleh ke kalau kita cuba cara yang lebih mulia dari cara menjual body ni..?? Kalau dah ada asset yang baik cuba apply jadi model ke..?? Penyanyi ke...?? Pelakon ke..?? Kalau tak ada nasib kerja kilang pon boleh la.
Memang kerja kilang tak ada standard. Tapi standard minah kilang di akhirat kelak akan lagi tinggi lagi dari korang yang menjual body.
Bagi yang kurang cantik pulak, akan menjaga budi pekerti nya. Bukan nak puji atau mengampu. Tapi sudah memang lumrah kan. Dia dah tahu yang dia sukar dapat jodoh dengan asset nya yang tak seberapa. Tapi, dengan budi pekerti yang tinggi. Nescaya akan ada lah jodoh yang baik untuk nya. Kerana
JODOH YANG BAIK ADALAH UNTUK ORANG YANG BAIK.
Wahai para gadis dan wanita sekalian, bersyukurlah dengan ape yang kamu ada. Sentiasa mencuba ke arah yang lebih baik. Bukan ke jalan yang lebih menghancurkan.
p/s: entry ini ditulis dari isi hati yang meronta....